LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah
masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus
relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda
masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika
mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah
amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota
masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika
masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus
pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal
insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
PROGRAM NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM
di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda
prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping
menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat
usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program
NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan
semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah
untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam
kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Iskandar Shah One
Stop Center adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
- Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
- Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Iskandar Shah One
Stop Center adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu
sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
- Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
- Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
- Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
- Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
1. Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
- Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
- Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
2. Tahap Rakan Pembaca
- Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
- Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
- Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
- Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
- Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah
Bacaan
|
Pengiktirafan
|
72-143 buah
|
Gangsa
|
144-215 buah
|
Perak
|
216- 287 buah
|
Emas
|
288 ke atas
|
NILAM
|
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku
khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan
Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 adalah
sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah
|
Pengiktirafan
|
100-199
|
Gangsa
|
200-299
|
Perak
|
300-399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
SENIKATA LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikan panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM, anugarah NILAM
Idaman Pembaca Jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca NILAM kita
Dunia indah sekali pasti berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
No comments:
Post a Comment